SOALAN 1 : KALU TAK DECLARE "INCOME TAX" APA JADI?
Kalau seseorang tidak mengisytihar (declare) pendapatan kepada LHDN, ini dianggap sebagai kesalahan cukai. Berikut ialah tindakan yang LHDN boleh ambil terhadap individu atau syarikat yang gagal berbuat demikian:
Individu / syarikat yang tak hantar borang cukai akan dikenakan penalti lewat serah.
Penalti biasanya:
RM200 hingga RM20,000 di bawah Seksyen 112(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
LHDN boleh buat anggaran pendapatan dan kenakan cukai serta penalti berdasarkan anggaran tu.
Penalti boleh mencecah 10% – 45% daripada jumlah cukai yang tidak dibayar.
LHDN boleh buat audit atau investigasi cukai jika ada keraguan.
Ini melibatkan semakan akaun bank, rekod perniagaan, harta, dan gaya hidup.
Kes serius boleh dibawa ke mahkamah. Jika sabit kesalahan:
Denda hingga RM20,000, atau
Penjara maksimum 6 bulan, atau
Kedua-duanya sekali.
LHDN boleh halang perjalanan ke luar negara jika ada tunggakan cukai.
Disclaimer : This website is not affiliated with or endorsed by any government agency, including Business Registration Authorities or Tax Authorities We provide independent consulting services to assist businesses with compliance and preparation of accounting / bookkeeping records only. Copyright of Nur Firdaus Corporate Services - NF2137