Firma ini secara rasmi didaftarkan pada 6 Julai 2020, dengan operasi perniagaan bermula pada 1 Januari 2024.
Pemilik utama kami telah berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) sejak 1 November 2013.
Perjalanan ini bermula seperti banyak kisah dalam industri ini, dengan individu utama di belakang syarikat ini, En. Nur Firdaus bin Muhammad, memulakan kerjayanya sebagai kerani peringkat permulaan di beberapa syarikat sekitar kawasan KLIA. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Eksekutif Akaun di UMW Synergistic Sdn Bhd, sebuah syarikat dalam sektor minyak dan gas.
Sejak 2012, perniagaan ini telah beroperasi dalam bidang profesional di bawah nama jenama MILLIONMIND, pada mulanya menawarkan perkhidmatan perakaunan. Pada tahun 2015, kami mengembangkan perkhidmatan untuk merangkumi pendaftaran Sdn Bhd.
Pada tahun 2015, proses pengambilan pekerja dimulakan, dan sebuah pasukan dibina. Sepanjang beberapa tahun, terutama semasa PKP, perniagaan ini menghadapi cabaran yang besar.
Bagi meningkatkan perkhidmatan dan profesionalisme kami, kami memutuskan untuk merestruktur semula perniagaan. Bermula Januari 2024, perkhidmatan perakaunan dipisahkan kepada firma yang khusus, manakala perkhidmatan pengurusan Sdn Bhd diteruskan di bawah syarikat yang berasingan.
Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1983. Membesar sebahagiannya di Perak dan sebahagiannya lagi di Selangor. Beliau memulakan pendidikan awal di peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu Diploma Perakaunan dan kemudiannya mula bekerja di syarikat yang beroperasi di sekitar kawasan Kuala Lumpur International Airport, KLIA, Sepang.
Antara syarikat yang beliau pernah berkhidmat adalah Malaysia Airports Sepang Sdn.Bhd. dan Hotel Pan Pacific, KLIA yang kini di kenali SAMA-SAMA Hotel, KLIA. Beliau kemudian bekerja dengan syarikat pemaju Sekutu Saujana Development (M) Sdn.Bhd yang beroperasi di utara tanah air, Kedah Darul Aman. Selepas beberapa tahun berkhidmat, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang sama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Arau, Perlis.
Selepas menamatkan pengajian di UITM ARAU beliau berkhidmat dengan syarikat UMW Synergistic Generation Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada UMW Corporation Sdn Bhd pada masa berkenaan yang mana syarikat ini terlibat dalam industri “Genset” bagi sektor Gas dan Minyak.
Atas dasar minat dan keperluan pasaran, sambil bekerja beliau mula menawarkan perkhidmatan simpan kira kepada rakan terdekat yang mana perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang pertama di tawarkan dan bertahan hingga kini sebagai sumber pendapatan utama syarikat. Sambil beliau mulakan perniagaan sambil kembangkan lagi minat sedia ada terhadap bidang perakaunan dan perniagaan.
Percaya bahawa menjadi seorang Akauntan Bertauliah dapat membuka pintu peluang yang lebih besar, beliau membuat permohonan untuk menjadi ahli kepada Malaysia Institute of Accountant ( MIA ) pada tahun 2013 dan pada tahun 2018 membuat permohonan Asean Chartered Profesional Accountant sebagai persediaan memasuki pasaran antarabangsa
Disclaimer : This website is not affiliated with or endorsed by any government agency, including Business Registration Authorities or Tax Authorities We provide independent consulting services to assist businesses with compliance and preparation of accounting / bookkeeping records only. Copyright of Nur Firdaus Corporate Services - NF2137